Tuesday, September 14, 2010

Kasih sayang mampu memberi kekayaan dan kejayaan...

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang dan berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya.. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya ,"Saya tidak fikir saya mengenali anda semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya. "Tidak", wanita itu berkata." Suami saya telah keluar."

"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab. Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.

"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang! Wanita itu keluar dan menjemput ketiga- tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama" mereka menjawab "Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan: "Namanya ialah Kekayaan," Dia berkat sambil menunjuk kearah kawan yang seorang lagi," Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

Dia menyambung lagi," Sekarang masuklah semula ke dalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput ke dalam rumah. "Wanita itu pun masuk semula ke dalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita dengan Kekayaan! "Isterinya tidak bersetuju.

"Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?" Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya:

"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat menatu kita tu," kata suami itu kepada isterinya.

"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan tetamu kami."Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan megikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan:

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab:"Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.

Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"

Pak Pandir pun reti makan kt Mc' Donalds

Suatu hari Pak Pandir yang baru lepas dapat duit raya ingin makan di Mc'Donalds.
Bila dia sampai dia tak tahu nak order aper... maklumlah tinggal terpencil di hujung kampung... sedang dia berfikir datang seorang lelaki lingkungan30'an ditepinya... Ahmad namanya... Pak Pandir pun merancang untuk meminta seperti apa yang Ahmad minta..
Ahmad : Bagi Big Mac satu..
Pak Pandir: bagi Big Mac satu...
Ahmad: Air...Bagi air coke yer...
Pak Pandir: Air...Bagi air coke yer...
Ahmad pun menjeling pada Pak Pandir... namun Pak Pandir buat tak tahu ajer...

Ahmad: ooo yer cik..bagi ash-tray satu yer...
( masa tu Mc donalds buleh merokok lagi)
Pak Pandir : ooo yer cik...bagi ash-tray satu yer...

Ahmad mula meradang lalu memarahi Pak Pandir...

Ahmad : hoi...yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah...takder otak ker?


Nak tahu aper Pak Pandir jawab?

lebih kurang begini:-
Pak Pandir: Aper... kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray?!?

Ahmad yang marah tadi tiba-tiba menggeleng kepala dan terus berlalu dari situ...

Cerita blue juga di minati oleh budak-budak bawah umur

....beberapa hari lepas, anak sedara yg mak aku jaga (mak bapak dia bertugas jauh, balik seminggu sekali je) cakap ngan mak aku dia nak bukak TV, time tu jam lebih kurang pukul 2 petang cam ni

ceriter nye....

Anak sedara: Tok cik! ... nak tgk TV boleh?

Mak aku: Boleh, tp nak tgk cerita apa, pukul 5 nanti baru ada SpongeBob, ni baru pukul dua...

Anak sedara: ...mmm!! nak tgk cerita BLUE..

Mak aku: APAAAA!!!!!!!! Cerita BLUE, sapa pasang cerita tu?

Anak sedara: Abang!!

Mak aku: Astargfirullahalladzim!!!

So mak aku pun terus menyoal siasat aku, ada ke aku penah layan citer BLUE a.k.a lucah kat TV sampai budak tu tau cakap cam tu...

Mak aku: Mu ade tgk cerita tak senonoh depan dia ke? Dia cakap nak tgk cerita blue yg mu pasang kat mak tadi...

Aku: Bilanya?!!!

Mak aku: Tadi dia cakap nak tgk cerita blue yang mu pasang...

Aku: Mak, saya ni selama duk ngan mak penah ke mak nampak saya tgk cerita2 camtu? Kat komputer pun penah ke mak nampak?...

Mak aku: Habis takkan budak boleh tau plak pasal crita blue...

Aku: ....mmmm!.. bila abg pasang cerita blue ni ha??? Jgn2 abah awak yg pasang awak cakap saya...

Anak sedara: Taklah! Kang abang pasang haritu...

Aku: Demi Allah mak, tak penah saya pasang crita2 tak senonoh cam tu, apatah lagi depan dia, kan ke mak selalu ada kat umah, penah nmpak ke saya pasang cerita camtu?

Mak aku: Kalo betol, tak pe la, aku tkut ko tu duk pasang cerita2 tak senonoh, bila budak nmpk tu yg dia nak tgk lagi...

Aku: Tak pe la, nanti abah dia balik ujung minggu ni saya try tny kut2 dia ada layan menda2 tu, kut2 dia ternampak..

So kes pending jap, tak tau lagi apa penyeselaiannya hinggalah hari ni, lepas je solat Zohor, aku berehat kat ruang tamu dan kebetulan anak sedara aku tgh tgk TV dan dia pun bersuara...

Anak sedara: Abang, ni la cerita BLUE tu, cerita ni la yg abang pasang haritu... ingat tak..

Aku: Ceh cerita ni rupanya, hampagasssss tole!!!!!!


Rope 2x nya ia adalah rancangan TV kanak-kanak yg disiarkan di TV9....

heheh... jangan marah..

mulut boleh saja berkata tetapi faktanya belum tentu betul

Jom kita hayati kisah nie... Pelik dan tak masuk akal... lu pikirlah sendiri<--bak kata nabil..

1- Gas methane yang terdapat pada timbunan najis babi di sebuah kandang haiwan berdekatan dengan Verona, Itali telah diletupkan dengan menggunakan kotak fius. Adalah memeranjatkan bila sahaja fius dinyalakan berlaku ledakan hebat seperti bom yang memusnahkan kandang babi bersama dengan 500 binatang itu yang ada di dalam kandang.
Bila letupan berlaku babi berlambungan ke udara dan jatuh berkecai ke bumi. Kekuatan gas pada najis binatang itu adalah cukup hebat yang mana seoerang yang sempat menyaksikan peristiwa itu menganggapnya sebagai peristiwa kiamat.

2- Anggota polis telah dikerahkan untuk menangkap seekor kuda belang yang terlepas ke luar Zoo Marine World, California. Binatang itu sedang menghala ke sebuah jalan raya enam laluan. Dengan menggunakan sebuah kereta peronda polis mengejar kuda belang itu dan akhirnya dapat memintasnya.
Anggota polis merasakan kerja mereka mudah dibereskan. Bagaimanapun mereka terperanjat besar bila kuda belang itu menendang pintu keretanya. Kemudian kuda belang itu melompat dan menyebabkan bahagian hadapan kereta turut kemik. Selepas itu kuda itu mengunyah pula stering hingga tertanggal sekali gus mencederakan dua orang pengendali haiwan sebelum berjaya ditangkap dan dimasukkan semula ke dalam zoo berkenaan.

3- Kakitangan dan pegawai Bandar Raya Toccoa di Georgia, Amerika telah membuat ketetapan bahawa wang orang ramai diharamkan daripada membiayai latihan dan kelas yoga kerana menganggap yoga adalah sejenis latihan memuja iblis dan syaitan.

4- Satu kejadian pelik.. berlaku di daerah Ridgway, Illinois pada tahun 1976. Sebatang perdu pokok yang beratnya kira-kira 500 paun telah dijumpai di merata-rata tempat seperti di rumah orang, dalam kereta, van dan di jalan raya. Tunggul perdu ini akan berada selama satu atau dua hari dan kemudiannya ghaib tanpa dapat dikesan.

5- Seorang wanita, Rosana Vigil berumur 60 tahun telah digempur oleh seorang penjahat di sebuah jalan raya di Denver, Colorado. Penjahat itu lantas memicit mulutnya dan mengeluarkan gigi palsu. Sewaktu membuat laporan kepada polis, Rosana menceritakan setelah melihat tiada emas pada gigi palsunya, penjahat itu membebaskannya dan memberi balik gigi palsu tanpa mengapa-apakannya.

6- Rekod sendawa paling lama hingga setakat ini dipegang oleh seorang lelaki yang bernama Vera Stong dari Tennessee, Amerika. Dia sendawa tanpa berhenti selama 58 hari.

7- Racun ular tedung tidak berbahaya jika diminum.

8- Raja Christian IV dari negara Denmark tidak senang dengan sebuah buku yang ditulis oleh seorang pengarang yang bernama Theodore Reinking. Sebagai hukumannya pengarang tersebut dipaksa memakan bukunya dengan mengoyak kertas tulisan itu dan dijadikan sup.

9- Oleh kerana kurangnya katak betina, katak-katak jantan mengamuk di dalam sebuah kolam di Britain pada tahun 1977. Rebutan mendapatkan pasangan untuk persenyawaan di kalangan katak menyebabkan semua ikan emas yang terdapat di dalam kolam itu mati.

Monday, September 13, 2010

eddie hamid dan kawn2 lme..



video nie krang jlaz ckit... eddie hamid yg pakai bju hitam..

aku main gitar..



main sje2... pdhl xreti main pun..

aku try main gitar tp xjd.. sumbang....



heheh... p'cubaan p'tama gagal..

eddie hamid bersama sahabat lama di kubang kerian




sorry cz gambar kamera tlpn... format 3gp..